Terkini ! Senarai Penuh Rombakan Kabinet Malaysia 2023

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diramalkan akan mengumumkan rombakan Kabinet yang bakal melibatkan beberapa kementerian. Kementerian utama yang bakal mengalami rombakan adalah Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ketika ini, terdapat kekosongan bagi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Hal ini berikutan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Selain KPDN, kementerian lain yang diramalkan turut terlibat dalam rombakan ini termasuk Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Komunikasi Digital (KKD). Disamping itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) juga dijangka bakal mengalami rombakan. Satu lagi kementerian yang dijangka bakal dirombak ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Rombakan kabinet

Pada Disember tahun lalu, Kabinet Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan dengan 28 menteri dan 27 timbalan menteri, termasuk dua Timbalan Perdana Menteri. Rombakan yang dijangka diumumkan hari ini akan membawa wajah-wajah baru dan lama. Hal ini menandakan kemungkinan kemunculan semula beberapa bekas menteri. Beberapa nama disebut-sebut bakal menyertai kabinet baharu ini nanti, namun belum ada kepastian.

Baca Juga : Lesen Memandu Kelas B2

Semua menteri yang terlibat dalam rombakan Kabinet dijadualkan untuk mengangkat sumpah jawatan serta simpan rahsia-rahsia kerajaan di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan dan Majlis Angkat Sumpah Menteri-Menteri Persekutuan akan berlangsung di Istana Negara pada pukul 2.30 petang hari ini.

SENARAI ROMBAKAN KABINET

Berikut merupakan senarai Rombakan Terkini Kabinet Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi :

Baru Dilantik :

  • Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dilantik)
  • Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (dilantik)
  • Menteri Digital: YB Tuan Gobind Singh (dilantik)
  • Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dilantik)
  • Menteri Sumber Manusia: YB Tuan Steven Sim Chee Keong (dilantik)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Dr Zulkifli Hassan (dilantik)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah (dilantik)
  • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh (dilantik)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan (dilantik)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: M Kulasegaran (dilantik)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini Ahmad (dilantik)
  • Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong (dilantik)

Bertukar Kementerian/Pecah Kementerian/Tambah Kementerian

  • Menteri Luar Negeri : Datuk Seri Mohamad Hassan (bertukar kementerian)
  • Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (bertukar kementerian)
  • Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (bertukar kementerian)
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa pindah kementerian (bertukar kementerian)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: Datuk Armizan bin Mohd Ali (bertukar kementerian)
  • Menteri Komunikasi: Yb Tuan Fahmi Fadzil (pecah kementerian)
  • Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof (tambah kementerian)
  • Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying (bertukar kementerian)
  • Timbalan Menteri Kerja Raya: YB Ahmad Maslan (bertukar kementerian)
  • Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal (tambah kementerian)
  • Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam : Akmal Nasrullah Mohd Nasir (bertukar kementerian)
  • Timbalan Menteri Perpaduan: K Saraswathy (bertukar kementerian)
  • Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan : Datuk Arthur Joseph Kurup (bertukar kementerian)
  • Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir (bertukar kementerian)
  • Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud (bertukar kementerian)

SENARAI KEMASKINI KABINET YANG TERBAHARU (Disember 2023)

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan PM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan PM II: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang

Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Rujukan :
1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1187952/rombakan-kabinet-anwar-dijangka-lantik-menteri-kewangan-ii-lima
2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/angkat-sumpah-ahli-kabinet-baharu-esok-siapa-kekal-siapa-bertukar-ada-kejutan-449644
3. https://www.hmetro.com.my/utama/2023/12/1039789/senarai-kabinet-baru-diumum-pm

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *