TAWAU – Sabtu lepas, Stadium Kompleks Sukan Tawau menyaksikan perlawanan persahabatan yang memukau. Perlawanan ini berlangsung antara sukan bola sepak veteran ABKA7 (Tuaran) dan VGOKU (Tawau). Program yang dirancang dengan teliti ini bukan sahaja menggalakkan aksi bola sepak yang memukau. Hal ini juga untuk memupuk semangat persaudaraan dalam komuniti pemain bola sepak veteren.
Perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian daripada usaha ABKA7 untuk meraikan peserta bola sepak veteran. Aktiviti ini tidak hanya melibatkan aksi di padang, tetapi juga merangkumi berbagai lawatan ke beberapa destinasi. Aktiviti ini untuk merapatkan lagi hubungan antara pemain kedua-dua pasukan.
Walaupun bersifat persahabatan, perlawanan ini turut menjadi platform latihan yang penting untuk memastikan pasukan ABKA7 dan VGOKU berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi pertandingan akan datang. Ini adalah masa untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan fizikal, terutama bagi para pemain yang sudah lama bergelar veteran.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalui Sukan Futsal
Ketika ditemui pemberita, Datuk Abdul Kassim Razali, Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah berkata Pasukan ABKA7 memaparkan semangat yang tinggi dalam perlawanan kali ini. Ini menunjukkan komitmen mereka terhadap sukan bola sepak. Datuk Abdul Kassim Razali merupakan individu penting yang menginisiatifkan perlawanan kali ini. Mereka juga merupakan contoh yang baik dalam menjaga disiplin dan sikap yang positif kepada para pemain muda yang ingin mengejar cita-cita dalam dunia bola sepak.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini