KUALA LUMPUR : AirAsia, syarikat penerbangan ternama, telah memulakan langkah unik dalam mempromosikan dan menjual produk tempatan di dalam dan luar negara. Inisiatif yang dijalankan oleh penyedia perkhidmatan dalam penerbangan, Santan, membuka peluang baru bagi pengeluar produk tempatan untuk merambah pasaran global.
Catherine Goh, Pengurus Besar Santan, menyatakan bahawa pelbagai produk tempatan telah dijual kepada penumpang AirAsia dan AirAsia X. Menurutnya, langkah ini adalah komitmen mereka dalam mempromosikan serta menyokong kualiti produk tempatan yang setaraf dengan produk antarabangsa.
Inisiatif ‘The Next Big Thing’ telah diperkenalkan dalam majalah penerbangan terkini AirAsia. Ia bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk tempatan yang unik kepada penumpang, termasuk mereka yang melakukan perjalanan antarabangsa.
Diantara jenama tempatan yang dipromosikan dalam inisiatif ini termasuklah Jovian, Petit Moi, Gigi, Chuck’s, The StreetPaw, Legendary Malaysia, JYNN’s Malaysia, Owlet, ASK Fragrance, Empro, dan Zus Coffee. Produk-produk ini ditawarkan di semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X sehingga Mac tahun depan.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Selain jenama pakaian dan aksesori, Santan Airasia juga memperkenalkan Chendul Teochew Pulau Pinang sebagai pencuci mulut popular yang dikenali di negara ini. Walaupun dinikmati dalam penerbangan, sajian warisan ini dijual dengan harga RM10 dan mengekalkan rasanya seperti yang dijual di Pulau Pinang.
Sumber : Berita Harian
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini