PUTRAJAYA : Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan kini rasmi dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Keputusan untuk menukar nama ini dibuat semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember yang lalu. Pindaan ini akan diwartakan secara rasmi di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.
Menurut kenyataan dari KPKT hari ini, penyediaan rumah mampu milik adalah fokus utama kementerian ini. Mereka berazam untuk membina 500,000 unit rumah di seluruh negara. Fokus utama pastinya menyasarkan kepada golongan B40 dan M40 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Hala tuju strategik KPKT akan diperkukuhkan melalui lapan fungsi utama. Fungsi ini merangkumi bidang seperti Perumahan Mampu Milik, Perancangan Bandar, serta Pembangunan Landskap. Tambahan pula, terdapat fungsi lain yang turut menjadi fokus penting KPKT, termasuk Pemerkasaan Kerajaan Tempatan, Kebombaan dan Penyelamatan, Pengurusan Sisa Pepejal, Pendayaupayaan Komuniti, serta Kredit Komuniti dan Pajak Gadai.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Menurut kenyataan itu lagi, “KPKT berkomitmen bersama Kerajaan MADANI untuk merealisasikan agenda penting dalam membawa kemakmuran kepada komuniti bandar serta menyediakan persekitaran yang mampan. Kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan, dengan peningkatan dalam aspek daya huni sebagai langkah penting untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat serta memacu kemajuan negara.
Sumber : Berita Harian
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini