Terkini ! Perasaan Sebak Atas Sokongan Semua – Mukmin Nantang

Terkini ! Ketujuh-tujuh warga Tawau yang telah ditahan pada Sabtu lepas telahpun dibebaskan sekitar pukul 3.30 Petang tadi dengan ikat jamin daripada Polis. 

“Aku berterima kasih kepada semua, kita akan terus sama-sama berjuang, semoga ada kesejahteraan untuk rakyat Tawau dan rakyat Malaysia” ujar Mukmin Nantang yang ditemubual sejurus dibebaskan sebentar tadi.

Tujuh individu direman atas kesalahan mengadakan demonstrasi di Kampung Muhibbah, Tawau, Sabah.


Berikutan kejadian ini, satu inisiatif diadakan bagi mengumpulkan dana awam. Hal ini kerana, atas khidmat nasihat guaman, beberapa kos telah diputuskan sebagai tanda persediaan awal iaitu kos guaman dan kos ikat jamin ketujuh-tujuh mereka yang direman. Sumbangan bernilai lebih RM17,807.52 berjaya dikutip dalam tempoh masa 2 jam. 

“Diharapkan sokongan diteruskan sehingga kebajikan rakyat terbela” – Mukmin Nantang. 

Berikut Video Live Sejurus Selepas Pembebasan : 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *