“Jika Bumi Bukan Pelabuhanmu, Berdamailah Di Dermaga Syurgawi” – Kronologi Kehilangan KRI NANGGALA-402.


“Jika Bumi Bukan Pelabuhanmu, Berdamailah Di Dermaga Syurgawi”- Fedtri Yahya. 


Kehilangan sebuah kapal selam KRI Nanggala-402 yang dipercayai hilang di perairan utara Bali sejak Rabu yang lalu, telah membawa khabar dukacita kepada seluruh ahli keluarga dan rakyat Indonesia terutamanya apabila gagal ditemui setelah 72 jam usaha pencarian dijalankan.  

Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kapal selam tersebut telah tenggelam.

“Tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen bagi KRI Nanggala iaitu selama 72 jam sudah berakhir.

Malah, kesan tumpahan minyak dan serpihan yang ditemui menjadi bukti asli menuju fasa KRI Nanggala tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar.”   

Kapal selam buatan Jerman itu membawa 53 anak kapal dilaporkan terputus hubungan selepas melakukan latihan torpedo.

Berikut ialah kronologi kehilangan KRI Nanggala 402 yang dipetik daripada sebuah portal berita.

21 April 2021

3.00 pagi: KRI Nanggala 402 meminta izin menyelam.

3.46-4.46 pagi:  KRI Nanggala 402 secara tiba-tiba terputus hubungan. Panggilan dari pangkalan tidak mendapat sebarang respons. Periskopnya juga tenggelam. Hubungan kapal ini dengan pangkalan terputus.

TNI terus mengerahkan seluruh kekuatan kapal yang memiliki kemampuan mencari objek di bawah permukaan air miliknya dalam proses mencari dan menyelamat.

7.00 pagi: Melalui tinjauan udara oleh helikopter, tumpahan minyak ditemui di sekitar lokasi awal KRI Nanggala 402 menbuat selaman,

4.17 petang: Helikopter diterbangkan untuk melakukan tinjauan petunjuk visual. Namun tidak mendapat sebarang penemuan.

5.15 petang: KRI Nanggala-402 dijadualkan muncul lagi di permukaan air namun ia tidak kunjung timbul. TNI-AL lalu melakukan prosedur yang dijalankan bagi mencari kapal selam hilang hubungan dan mengalami permasalahan iaitu submissed.

6.46 petang: TNI AL mengeluarkan isyarat submissed atau kapal selam hilang. Seluruh tenaga dikerahkan untuk mencari KRI Nanggala 402 dan sebarang latihan lain ditunda.

Laksamana Yudo Margono berkata pihaknya akan melakukan subsunk jika sudah mendapat kepastian kapal selam itu tenggelam dengan bukti.

11.00 malam: Dalam kenyataan kepada media, KRI Nanggala 402 dikatakan jatuh pada kedalaman 600 hingga 700 meter. Laksamana Pertama Julius Widjojono mengatakan kapal tersebut mungkin mengalami black out.

Menurutnya, kapal itu mungkin mengalami kerosakan hingga tidak mampu timbul ke permukaan semula. Tumpahan minyak yang ditemui sebelum ini mungkin membuktikan adanya keretakan pada tangki kapal selam berkenaan. Ia juga berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan akibat tekanan air laut.

22 April 2021

Pergerakan objek bermagnet tinggi di bawah air dikesan tetapi ia tidak dapat dipastikan. Petunjuk itu diperolehi KRI Raden Eddy Martadinata 331. Pergerakan objek berkenaan pada kelajuan 2.5 knot bagaimana pun kemudiannya hilang.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

23 April 2021

Titik magnet berkekuatan tinggi ditemui pada kedalaman 50 hingga 100 meter oleh KRI Pulau Rimau 724.

Tumpahan minyak juga ditemui di lokasi pencarian kapal selam itu menurut Laksamana Yudo Margono menunjukkan kemungkinan kru kapal membuangnya untuk meringankan agar kapal terapung.

Pada sebelah petang, pencarian difokuskan di utara Bali iaitu sekitar 40 km dari Celukan Bawang.

24 April 2021

Operasi pencarian kapal selam itu difokuskan kepada sembilan titik utama termasuk kesan tumpahan minyak dan isyarat magnet yang ditemukan sebelum ini.


25 April 2021

TNI secara rasmi mengumumkan status kapal selam KRI Nanggala telah tenggelam atau subsunk. Meski begitu, pencarian tak berhenti. Usaha untuk menemukan 53 awak yang diharapkan masih selamat juga terus dilakukan.

___

Semua rakyat Malaysia turut berdukacita dengan musibah ini. Doa dikirimkan buat semua kru kapal serta ahli keluarga agar sentiasa diberikan kekuatan. Semoga ada keajaiban agar anak kapal dan kapal selam KRI Nanggala 402 segera ditemui dengan selamat. 

Sumber: Sinar PlusKumparan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *