Qada Solat Subuh Mengikut Imam Solat Taraweh? ~ Pastikan anda baca sampai habis!


Salam ramadan semua!
Apa khabar ramadan anda?

Semoga kita semua masih bersemangat untuk terus melakukan ibadah sepanjang bulan ramadan ini.

Kalau rasa semangat itu memudar, sentiasa ingatkan diri “mungkin inilah ramadan ku yang terakhir”, mudah-mudahan kita dapat bangkit segera untuk melakukan yang terbaik sepanjang bulan ramadan ini.

Disamping melakukan ibadah sunat, kita juga seharusnya menyegerakan usaha untuk melunaskan ibadah wajib yang kita tinggalkan contohnya seperti, solat. Setiap solat yang ditinggalkan adalah wajib untuk digantikan semula.

Berikut adalah cara yang dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Fahmi di laman twitter beliau.

Beliau pernah berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah selama 5 tahun (2015-2020) sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam bahagian Penyelidikan dan terlibat langsung dalam penerbitan Irsyad Al Fatwa, Al Kafi lil Fatawi, Bayan Linnas, dan sebagainya.

Beliau menulis di laman twitternya;

Seseorang yang banyak meninggalkan solat subuh, dan dia ingin pemangkin untuk qada kesemua solat tersebut, antara caranya:

Dia boleh qada solat subuh dengan mengikut imam solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Sekurang-kurangnya, 10 kali qada subuh telah selesai.

(Ciapan ustaz Muhammad Fahmi)

Secara umumnya, tidak ada masalah untuk orang yang solat fardu untuk menjadi makmum kepada orang yang melakukan solat sunat.

Bacaan qunut subuh bagaimana ? Seperti yang kita tahu, qunut itu adalah bacaan yang meliputi doa dan pujian kepada Allah.

Kalau kita sebut : اللهم يا غفور اغفر لي ;Ya Allah yang Maha Pengampun, ampunkanlah aku. Ini telah dinamakan qunut.

Tiada masalah jika tak angkat tangan masa doa qunut.

Semoga bermanfaat.


Secara ringkasnya, kita dibolehkan untuk melakukan solat wajib (qada) dengan mengikut imam yang melakukan solat sunat, contohnya; solat sunat terawih. Perlu diniatkan dengan solat yang ingin lakukan (dalam konteks artikel ini, niat untuk mengantikan solat subuh).

Beliau menambah lagi di ciapan lain;

Imam Al-Nawawi kata: Sah solat orang yang solat adā’ (dalam waktunya) dengan mengikut orang yang solat qada’. Sah solat orang yang solat fardu ikut imam yang solat sunat. Dan beliau kata : Begitu juga keadaan sebaliknya / vice versa.

Rujuk Minhāj Al-Talibin.

(Antara balasan pengguna laman Twitter)




(Ciapan ustaz Muhammad Fahmi)


Semoga perkongsian ini berguna buat anda untuk meraih pahala berjemaah dan melangsaikan “hutang” ibadah sekaligus turut merasai suasana ibadah malam ramadan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan, sila rujuk pakar agama berdekatan anda.

Wallahualam.

Selamat beribadah!

Sumber: Muhammad Fahmi (Twitter)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *