JOHOR BAHRU: Sebanyak lebih dari 12,000 jemaah memenuhi Masjid Sultan Iskandar di Bandar Dato’ Onn untuk menyertai solat Subuh. Program ini diinisiatifkan oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. Perkara ini merupakan satu perkembangan yang amat baik berikutan penganjuran Program Semarak Subuh Johor.
Kehadiran yang membanggakan ini menyebabkan solat Subuh di masjid tersebut terpaksa diadakan dalam dua sesi disebabkan jumlah jemaah yang terlalu ramai.
“Sejak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini adalah hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa diadakan dua kali. Hal ini kerana terlalu ramai yang hadir. Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor dan kempen Solat Subuh Macam Jumaat bertempat di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, di sini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Pada 23 November lalu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam negeri ini diminta menunaikan solat Subuh berjemaah bersama rakyat pada setiap Jumaat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini