Malasnya bah aku berjalan malam ni mau cari makanan. Order foodpanda sak la. Si Khai pun membuka aplikasi Foodpanda, memilih makanan dan hantar order, tetapi sebelum tu dia ke paparan Tip untuk Penghantaran, dia pun menekan dan memberikan tip kepada penghantar makanan.
Persoalannya disini, kita kan suda bayar untuk penghantaran makanan, suda ada cas untuk penghantaran, ni mau tambah lagi tip untuk penghantar makanan?Berbaloi ka? Jom baca disini.
Hukum memberi tip atau upah kepada penghantar makanan adalah harus dan merupakan salah satu bentuk sedekah yang akan mendatangkan pahala buat pemberi serta akan memberi kebahagiaan kepada penghantar makanan tersebut.
Dalam masa yang sama, pemberian tip adalah hak pelanggan. Oleh itu, penghantar makanan perlu mengelakkan sikap meminta-minta kerana sikap tersebut dilarang dan akan menghilangkan keikhlasan tersebut.
Pemberian tip ini adalah sama seperti memberi sedekah atau hadiah kepada seseorang. Perbuatan memberi sedekah atau hadiah ini adalah perkara yang tidak dilarang dalam agama bahkan merupakan amalan yang digalakkan.