TAWAU – Langkah inovatif dibuat di Tawau dengan pembukaan Dynamic Confinement Center, yang menjadi pusat berpantang pertama di kawasan ini. Menjadi daya tarikan bukan hanya bagi penduduk tempatan, tetapi juga sebagai produk terkemuka yang perlu diwar-warkan kepada mereka yang berada di Tawau dan sekitarnya.
Pusat ini menawarkan tempat penginapan berpantang selama 44 hari dengan fokus khusus kepada pemulihan diri ibu-ibu bersalin. Tidak hanya memberikan penekanan kepada kesejahteraan ibu, tetapi juga bertujuan untuk menyokong masyarakat tempatan melalui penawaran peluang pekerjaan.
Dalam temuramah bersama YB Rina Jainal, ADUN Kukusan, beliau menyatakan bahawa tempat ini sebenarnya membawa pendapatan yang lumayan untuk mereka yang ingin melibatkan diri dalam bidang terapi berpantang. Ini membuka pintu peluang ekonomi baru dan meransang pertumbuhan sektor kesihatan di kawasan ini.
Memastikan ibu bersalin mendapat penjagaan yang menyeluruh
Di tempat ini menawarkan pelbagai pakej, termasuk pakej 7 hari, 14 hari, 30 hari, dan pakej penuh selama 44 hari. Dengan fokus terapi, kesihatan, pemakanan, terapi bayi, dan senaman ringan, pusat ini membantu mempercepat tempoh berpantang dan memastikan ibu bersalin mendapat penjagaan yang menyeluruh.
Selain memberi manfaat kepada ibu-ibu bersalin, pusat ini juga mempromosikan konsep pelancongan perubatan. Pusat ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan terbaik dalam suasana rumah yang selesa. Ini tidak hanya membuka peluang ekonomi, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan perubatan di Sabah.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini