Usaha Peningkatan Kualiti di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Tawau

klinik kesihatan ibu dan anak


TAWAU – Yang Berhormat Rina Haji Jainal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, telah menjalankan lawatan kerja yang bermakna ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Tawau. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk merapatkan jurang dan memahami dengan lebih mendalam keperluan serta cabaran yang dihadapi oleh pengguna klinik.

YB Rina Haji Jainal menyatakan bahawa program lawatan ini direncanakan untuk mengenal pasti keperluan mendesak komuniti di klinik ini. Salah satu isu yang menjadi tumpuan adalah masalah kepadatan pengunjung yang boleh menghambat proses penerimaan rawatan, terutama pada waktu puncak.

klinik kesihatan ibu dan anak

Peningkatan kepadatan pengunjung dan kekurangan kemudahan seperti kerusi adalah antara permasalahan yang dihadapi. Selain itu, tempat letak kereta yang terhad juga antara permasalahan yang dihadapi di klinik ini. Kami sedang merancang untuk menjadikan klinik ini lebih mesra pengguna dan menyediakan kemudahan yang mencukupi, jelas YB Rina.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Dalam temu ramah yang turut dihadiri oleh Dr. Shameer Khan Bin Sulaiman, Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, beliau menyatakan perlunya penaiktarafan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ini. Hal ini untuk memastikan keperluan pesakit terutama pada waktu sibuk dapat dipenuhi.

“Inisiatif seperti kerjasama dengan perkhidmatan ehailing bukan sahaja dapat mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta. Tetapi juga membantu pesakit yang kesulitan untuk menghadiri temujanji,” tambahnya.

klinik kesihatan ibu dan anak

Lawatan ini diharapkan akan membuka ruang untuk pembaruan dan penambahbaikan klinik kesihatan ini. Sekaligus, memastikan setiap individu mempunyai akses yang mudah dan cepat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *