Tular Video Pijak Kanak-Kanak, Lelaki Diberkas Polis di Tawau

Beberapa hari yang lepas, tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang mengacukan pisau tajam dan memijak dua anak kecil. Selain daripada itu, menerusi rakaman video itu juga, lelaki tersebut bertindak mengugut untuk membunuh anak kecil itu. 


Hari ini, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek. Menurut ACP Peter Umbuas, Ketua Polis Daerah Tawau, tangkapan dibuat setelah menerima laporan polis yang dibuat oleh orang awam di Ladang Giram Divisyen Ulu Balung setelah melihat video yang tular semalam mengenai perilaku yang tidak berperikemanusiaan di perumahan ladang berkenaan. 


ACP Peter berkata, tangkapan kira-kira pukul 7-pagi tadi itu dibuat sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau dan Semporna bertempat rumah tidak bernombor di Kampung Andung Jalan Kabogan Semporna hasil kerjasama dan penunjuk arah isteri suspek yang berusia 19 tahun.


Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebilah pisau berhulu besi berukuran 31 sentimeter.

Jelasnya lagi, motif menularkan rakaman dan kejadian dipercayai disebabkan berlaku krisis rumahtangga suspek dan suspek bertindak mengugut isterinya untuk pulang ke rumah dengan cara mendera dua anak mereka.

Suspek ditahan reman 14-hari untuk sisatan lanjut, manakala dua anaknya dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Kejadian yang berlaku mengundang pelbagai respon daripada netizen, berikut merupakan antara reaksi yang sempat di ambil melalui hantaran komen di Facebook. 


Selasa lalu tular dua video berdurasi 26-saat dan 16-saat memaparkan suspek memijak dua kanak-kanak seorang lelaki berumur 5-tahun dan seorang perempuan, 3-tahun yang dipercayai anak kandung suspek sambil memegang sebilah pisau. Berikut merupakan antara video yang tular sebelum ini.

Sumber : Bes Tawau Fm, Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *