[Video] Lihat Telatah Uncle Cina Ini Cakap Bugis di Tawau

Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh seorang warga Tawau, seorang “Uncle” Cina petah berkata-kata di dalam Bahasa Bugis.

Sememangnya Bahasa Bugis merupakan satu bahasa yang tidak asing lagi dituturkan di Daerah Tawau ini, namun penggunaan bahasa ini jarang sekali dapat didengar datang daripada individu selain berbangsa Bugis apatah lagi Bangsa Cina. 
Video berdurasi 2 minit 53 saat itu menunjukkan seorang Uncle Cina bertutur dengan menggunakan Bahasa Bugis. Pertuturan itu diadakan bersama dengan pelanggan yang datang ke kedai beliau yang juga berbangsa Bugis. Video itu dirakam oleh pelanggan yang datang ke kedai beliau. 

Didalam video tersebut beliau memberitahu bahawasanya beliau telah mempelajari Bahasa Bugis sudah hampir 5 tahun. 
Selain daripada Bahasa Bugis, beliau turut mempelajari bahasa lain seperti Bahasa Suluk, Bajau dan Jawa. 
Sebelum ini beliau pernah tinggal di Lahad Datu selama 8 tahun, katanya menerusi video yang dimuatnaik.

Video berkenaan mengundang reaksi daripada netizen yang menyaksikan video tersebut.

Turut dikongsikan pada artikel kali ini video penuh daripada Pemilik Facebook yang memuatnaik video ini. 

Sumber : Facebook Mukarramah Luqman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *