Pili Bomba Baru untuk Keselamatan Kampung di Kg Tg Batu Laut

pili bomba


TAWAU – Sebagai usaha meningkatkan tahap keselamatan dan pencegahan kebakaran di kawasan Dun Tanjung Batu, satu lawatan pili bomba telah dijalankan oleh YB Datuk Andy Suryady Hj Bandy, ADUN Tanjung Batu. Turut serta dalam lawatan ini adalah wakil daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Jabatan Bomba, dan Majlis Perbandaran Tawau.

Tinjauan yang dilakukan merangkumi kesemua 9 pili bomba yang terletak di Dun Tanjung Batu. Ini merupakan satu respons positif kepada permintaan yang sekian lama penduduk setempat yang sering berhadapan dengan risiko kebakaran. Keberadaan pili bomba diharapkan dapat memberikan langkah awal dalam pencegahan kebakaran di kawasan tersebut.

pili bomba

Kawasan Tanjung Batu Laut sering menjadi tempat kejadian kebakaran sebelum ini, dan dengan adanya pili bomba, diharapkan pencegahan lebih efektif ketika berlaku kejadian tersebut. Keberkesanan pili ini tetap bergantung kepada tanggungjawab bersama, di mana penduduk kampung diharapkan dapat menjaga dan memanfaatkannya dengan sebaiknya.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Membentuk “Bomba Komuniti”

Pada masa yang sama, sebanyak 50 spot pili bomba akan dibina di Parlimen Kalabakan. Inisiatif ini diambil untuk memastikan tahap keselamatan penduduk kampung dapat ditingkatkan secara menyeluruh. Perancangan seterusnya juga akan dijalankan untuk membentuk “Bomba Komuniti”. Di mana penduduk kampung akan diberikan tunjuk ajar dan dilatih dalam penggunaan alat pemadam api dan pili bomba.

pili bomba

Tuan Sukur Bin Hata, Ketua Zon, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tawau,  menyatakan bahawa dalam konteks pengurusan air, pili bomba adalah salah satu sumber air yang sangat penting untuk menghadapi kebakaran. Ini menjadi langkah strategik, terutama mengingat rumah yang dibina rapat dan menggunakan bahan kayu, yang sering kali menjadi punca utama merebaknya kebakaran.

Dana pembinaan pili ini disalurkan oleh YB Datuk Andy Suryady sebagai tanggapan kepada keperluan mendesak penduduk. Semua pili yang telah dibina di Dun Tanjung Batu berfungsi dengan baik dan siap sedia untuk digunakan.

Kejayaan program ini diharapkan dapat menjadi inspirasi bagi pemimpin tempatan lainnya untuk mengambil inisiatif serupa di kawasan masing-masing. Ini merupakan langkah positif dalam membangun kesedaran dan meningkatkan keselamatan komuniti terhadap ancaman kebakaran.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *