Perkahwinan Melayu Diserikan Dengan Tarian Singa Di Tawau.

 

Tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut terkejut apabila melihat persembahan Tarian Singa dipersembahkan kepada mereka. 

 

 

Kebanyakan para tetamu yang hadir pada majlis tersebut, rata-ratanya terkejut apabila melihat Tarian Singa dipersembahkan pada majlis perkahwinan Orang Melayu. 

Satu kelainan ditunjukkan pada Majlis Perkahwinan antara Fyza dan Fikri yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau beberapa hari yang lepas.

 

 

Persembahan Tarian Singa pada Majlis Perkahwinan orang Melayu adalah satu kelainan yang ditonjolkan. Ini adalah salah satu usaha untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat kepada semangat kesepaduan kaum di Malaysia terutamanya di Sabah. 

 

 

 

*Kredit Gambar : Persatuan Buddhist Tawau

Bunyi-bunyian daripada Gong, Drum dan Simbal beserta 4 singa memasuki dewan ketika majlis tersebut berlangsung. Kedua mempelai juga mengenakan busana Perkahwinan Masyarakat Cina. 

 

Ini merupakan antara salah satu contoh semangat perpaduan kaum dan penerimaan budaya diantara satu dengan yang lain yang perlu dicontohi oleh masyarakat di Malaysia. Kami di Tawaukini mengucapkan Selamat Pengantin baharu buat Fyza dan Fikri. 

Sumber Gambar : Persatuan Buddhist Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *