Tindakan Kuarantin Di IPG Tawau


Pelaksanaan PKPD menjadi salah satu mimpi ngeri buat masyarakat di Tawau. PKPD yang dilaksanakan kali ini diadakan secara mengejut. Susulan daripada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa, banyak individu yang mengambil tindakan untuk keluar daripada rumah masing-masing dan menempatkan diri di rumah keluarga yang lain diluar kawasan PKPD. Akibat daripada tindakan ini, apabila proses saringan dilakukan, didapati beberapa buah rumah dipercayai telah dikosongkan sebelum bermulanya tempoh PKPD. 

Menurut daripada Pegawai Pejabat Kesihatan Tawau, Doktor G. Navindran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) perbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sama sekali dan risiko pembawa penularan COVID-19 ke kawasan lain serta menjangkiti ahli keluarga dan orang lain adalah amat tinggi.
Beliau turut merayu penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD agar membuat swab test yang dibuat pihaknya secara berterusan dikawasan-kawasan berkenaan.

Penduduk yang didapati mengosongkan rumah sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Tawau akan diarah melakukan ‘swab test’ setelah selesai PKPD dan bakal dikuarantinkan sekurang-kurangnya 14 hari di pusat kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung.

Berikutan dengan tindakan yang bakal diambil, marilah kita semua warga Tawau untuk patuh pada arahan pihak pemerintah dan terus kekal berada dirumah apabila sesebuah kawasan diisytiharkan sebagai kawasan PKPD. Hal ini adalah untuk menjaga keselamatan orang yang berada disekeliling kita dan untuk mengelakkan sebarang penyebaran jangkitan, 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *