Yok Kasi Riuh! : Sempena Hari Radio Sedunia 2024

hari radio sedunia


TAWAU – Sempena menyambut Hari Radio Sedunia, RTM Sabah menggerakkan Program Yok Kasi Riuh! yang melibatkan semua lima stesen radio RTM di negeri ini. SABAHfm, SABAHVfm, TAWAUfm, SANDAKANfm, dan KENINGAUfm turut serta dalam program ini sebagai bentuk penghargaan kepada radio sebagai medium penyampai maklumat serta platform hiburan dan industri muzik.

Sambutan ini tidak hanya melibatkan RTM Sabah tetapi juga mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Antaranya Majlis Perbandaran Tawau, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, PADU, Telekom Malaysia, Hospital Tawau, KMI Tawau Medical Centre, Sedafiat Sdn Bhd, dan Benta Wawasan.

hari radio sedunia

Tawau menjadi tuan rumah bagi sambutan kali pertama ini. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti pada 12 Februari 2024 di Padang Bandaran Tawau bermula dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Aktiviti termasuklah Senamrobik, Radio Di Lokasi dengan pengisian Candawara dan Studio Mini yang melibatkan penyampai-penyampai radio dari kelima-lima stesen.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Mencerminkan semangat penyampai stesen radio RTM

Acara kemuncak adalah Showcase Yok Kasi Riuh! Hari Radio Sedunia 2024 yang dirasmikan oleh Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, ADUN Apas. Showcase ini turut menyaksikan persembahan artis seperti Rahmad Mega, On Switch, Jun, serta artis residen TAWAUfm, Siti Zulaiha. Penyampai radio dari SABAHfm, SABAHVfm, TAWAUfm, SANDAKANfm, dan KENINGAUfm juga turut memeriahkan acara tersebut.

Penganjuran Yok Kasi Riuh! Hari Radio Sedunia 2024 mencerminkan semangat penyampai stesen radio RTM Sabah untuk berinteraksi dengan pendengar. Hal ini sekaligus mempererat hubungan dan menggalakkan pertukaran pemikiran.

hari radio sedunia

Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan dalam ucapan beliau menyatakan harapannya agar sambutan Hari Radio Sedunia dapat diteruskan dan diperkukuhkan setiap tahun. Beliau menekankan peranan dan fungsi radio yang sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, serta yakin bahawa melalui usaha tahunan seperti ini. Diharapkan lebih banyak lagi rakan strategik akan turut serta menyertai sambutan. Program ini patut dijadikan satu peristiwa ‘one stop’ yang memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat dan sekitarnya.

Sambutan Hari Radio Sedunia tahun ini mengangkat tema ‘Seabad Menyampai Maklumat, Menghibur dan Mendidik’ sebagai bentuk penghargaan terhadap lebih 100 tahun perkhidmatan radio sebagai medium penting dalam menyampaikan maklumat, hiburan, dan pendidikan di seluruh dunia.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *