Malaysia Tingkatkan Kerjasama Kemanusiaan dengan Palestin

malaysia


KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan kesediaannya untuk menjalin kerjasama erat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).  Terutamanya dalam menempatkan pakar perubatan Malaysia untuk menyokong kapasiti hospital yang merawat rakyat Palestin di Mesir.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, menyuarakan komitmen ini semasa lawatan ke Hospital Palestin di Kaherah, Mesir, semalam. Lawatan ini turut dihadiri oleh beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai faham politik. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Lawatan Khas Ahli-Ahli Parlimen Malaysia ke Mesir dari Rabu lalu.

Dalam kenyataan Kementerian Luar, Mohamad dan delegasinya diberikan taklimat mengenai situasi kemanusiaan di Gaza dan peranan Hospital Palestin dalam memberi rawatan kepada mangsa serangan tentera Israel di kawasan tersebut.

malaysia

Mohamad menyatakan sokongan dan menyantuni rakyat Palestin yang sedang dirawat di hospital, termasuk Abdul Kareem, seorang mangsa penembakan tentera Israel yang kehilangan separuh paru-parunya.

Selain itu, Timbalan Menteri Luar juga bertemu bekas Menteri Kesihatan Mesir, Prof Dr Adel Al Adawi, dan Ahli Lembaga Pengelola PRCS Mesir (ERC). Pertemuan ini membincangkan usaha untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada rakyat Palestin di Gaza.

malaysia

Mohamad menegaskan Malaysia akan terus menyokong usaha Mesir untuk mencapai gencatan senjata. Selain itu, menyelaraskan penyaluran bantuan kemanusiaan secara berkesan ke Gaza.

Dalam pertemuan itu, Mohamad menyerahkan sumbangan AS$500,000 kepada PRCS dan AS$250,000 kepada ERC. Sumbangan ini adalah dari Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikelola oleh Kementerian Luar.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Lawatan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia ke Mesir bukan hanya menunjukkan sokongan negara terhadap Palestin tetapi juga memberi peluang untuk melihat secara langsung situasi penghantaran bantuan ke Gaza, dengan kerjasama Kerajaan Mesir untuk kelancaran pelaksanaannya.

Rujukan : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *