JELEBU : Kerajaan telah menetapkan harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan pada RM599. Keputusan ini bertujuan membantu melancarkan perjalanan orang ramai pulang beraya ke kampung halaman mereka tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dasar harga maksimum ini diwujudkan bagi semua perayaan termasuk Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Gawai, Keaamatan, dan Krismas. Dalam usaha untuk memastikan harga yang munasabah, kerajaan akan menetapkan harga maksimum RM599 tiga hari sebelum sambutan raya. Bagi perjalanan di Semenanjung, tiada harga maksimum ditetapkan kerana terdapat mod pengangkutan alternatif seperti bas dan kereta api.
Loke menjelaskan bahawa walaupun mereka yang membeli tiket awal mungkin mendapat harga yang lebih murah, harga tiket penerbangan mungkin meningkat jika terdapat kekurangan tiket. Bagaimanapun, sebarang kenaikan melebihi RM599 akan ditanggung oleh subsidi kerajaan pada tempoh tersebut.
Kementerian akan mengambil pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), untuk menetapkan tarikh sambutan sebenar Aidilfitri sebelum melaksanakan penetapan harga tiket. Loke menyatakan bahawa tarikh sambutan Aidilfitri pada tahun ini dijangkakan pada Rabu, 12 April, atau mungkin lebih awal. Waktu puncak pulangan orang ke kampung halaman dianggarkan pada Sabtu, 9 April, dan Ahad, 10 April, menjelang Aidilfitri.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini