Keunggulan Sabah Softwoods Berhad: Pemacu Inovasi dalam Industri Kayu dan Kelapa Sawit


TAWAU – Sabah Softwoods Berhad, yang pertama kali diperbadankan pada tahun 1973 dengan nama “Sabah Softwoods Sdn Bhd” dan memulakan operasi pada tahun berikutnya. Nama syarikat kemudiannya diubah kepada Sabah Softwoods Berhad pada tahun 2000. Sabah Softwoods Berhad dimiliki 70% oleh Innoprise Corporation Sdn Bhd, iaitu bahagian pelaburan dan syarikat induk Kumpulan Yayasan Sabah. Perniagaan utamanya adalah dalam pemprosesan kayu dan kelapa sawit serta pengeluaran serbuk kayu.

Majlis Jamuan Makan Tahunan Sabah Softwoods Berhad adalah satu acara berprestij yang menjadi tradisi tahunan syarikat. Program ini telah diperkenalkan dalam tahun 2016 dan setiap tahun diadakan sebagai satu inisiatif untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara pengurusan dan semua kakitangan syarikat. Matlamat utama adalah untuk menunjukkan semangat kerjasama dan keprihatinan terhadap komuniti setempat.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Dalam temuramah bersama media, YB Datuk Mohd Arsad Bistari, Pengerusi Lembaga Pengarah SSB, menyatakan bahawa program ini yang kali kedua diadakan (2016) adalah kali pertama dalam sejarah syarikat. Ini membuktikan komitmen syarikat untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara pengurusan dan semua pekerja. Majlis ini menekankan kepentingan bekerja sebagai satu pasukan yang padu, serta mengekalkan sokongan berterusan kepada komuniti setempat.

Pada majlis yang sama, YBhg Datuk Haji Mohd Daud Tampokong, Ketua Pegawai Eksekutif SSB sempat berkongsi bahawa bidang perniagaan syarikat ini bergantung kepada pasaran dunia. Sabah Softwoods Berhad komited dalam menyediakan landasan yang kukuh untuk pengurusan yang telus.

Kejayaan syarikat terbukti dengan penerimaan pensijilan ISO, yang merangkumi aspek kualiti, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan dalam pekerjaan, dan anti-rasuah. Dengan pencapaian ini, syarikat mampu menghadapi cabaran ekonomi global yang mencabar. Beliau juga menyatakan bahawa hasil produktiviti syarikat dijangka meningkat. Hal ini kerana, peningkatan pengeluaran sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya telah berlaku pada tahun 2023. Diharapkan syarikat ini dapat terus meningkatkan pengeluaran pada tahun ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *