“Misi Tawau” Teruskan Perjuangan Ustaz Ebit Lew di Bumi Peladang

Misi Bantuan Ust Ebit Lew

Misi Bantuan daripada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (Ebit Lew) diteruskan oleh beberapa entiti yang telahpun diberikan amanah untuk menyampaikan sumbangan daripada Ust Ebit Lew. Agihan sumbangan tersebut sepatutnya diagihkan sendiri oleh beliau, namun atas beberapa kekangan, sebuah inisiatif dilancarkan dengan memohon kerjasama daripada masyarakat Tawau sendiri untuk mengagihkan barangan tersebut. Sumbangan yang diberikan adalah berupa 100 Tangki Air, 200 Kotak Sumbangan Makanan dan 10 buah kerusi roda. 

Agihan Di Daerah Tawau

Youtubers Vitaminbae dan juga Facebook Page Tawaukini merupakan antara dua entiti yang telah diberikan tanggungjawab bagi menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan di Tawau.
Mr Bie, seorang Youtubers terkenal di daerah Tawau yang menjalankan aktiviti membantu golongan yang memerlukan melalui channel Youtubenya iaitu Vitaminbae telahpun dipilih sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan sumbangan. Selaini itu juga, Facebook Page Tawaukini yang telah menjalankan beberapa Projek Misi Kemanusiaan di Tawau sebelum ini termasuklah Projek Tabung Solidariti Tawau turut memikul tanggungjawab yang sama untuk menyampaikan barangan sumbangan tersebut.
Mr Bie (kiri) bersama dengan Wakil Ust Ebit Lew, Ust Zul (Tengah)

dan wakil daripada Tawaukini (kanan)


Mr Bie dan wakil daripada Tawaukini mendengarkan

amanat dari Ust Ebit Lew

Kerjasama Daripada Pelbagai Pihak

Tambahan pula, agihan sumbangan ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai entiti perniagaan yang lain. Antaranya ialah Klinik Pergigian Asmah, Armada Spektrum, Ternakan Kambing Jalil, Taeda Holiday, JR Event Management, Cikgu Aliff Bosku dan Legend Car Rental. Kerjasama ini kemudian dinamakan sebagai “Misi Tawau”. 

Hasil daripada kerjasama “Misi Tawau”, agihan sumbangan dilakukan kepada masyarakat yang memerlukan disekitar Tawau, Merotai dan Kalabakan. Lokaliti yang terlibat untuk agihan kali ini adalah Kampung Iban Kuala Nansang, Kebun Sayur Batu 4, Pekan Kalabakan, Kampung Iban Merotai, Kampung Pangkalan Asli Merotai, Apas Batu 2, Kampung Hidayat Batu 4, Sekolah Alternatif Borneo Komrad Batu 4, Batu 2, Kongsi Semarak, Kampung Jawa, Kinabutan Ria, Madrasah Prima Ranggu, Kampung Ranggu, Wakuba dan Kongsi Shansui Batu 11. Agihan juga diberikan kepada beberapa masjid dan madrasah yang terpilih disekitar kawasan Tawau.

Agihan sumbangan dilokaliti yang terpilih
Antara penerima untuk sumbangan tangki air dan kotak sumbangan makanan adalah seorang makcik tua, berumur lebih kurang 80 tahun yang tinggal bersendirian didalam sebuah pondok kecil. Dengan keadaan pondok kecil yang usang, tangki diletakkan dipondok tersebut bagi membantu meringankan beban makcik tua itu. 

Antara penerima sumbangan tangki dan sumbangan makanan

Misi Tawau bergerak selama tiga hari untuk proses agihan sumbangan. Pada hari kedua agihan, Misi Tawau berkonvoi dengan 12 kenderaan pacuan empat roda digunakan. Destinasi konvoi tersebut adalah di Kalabakan dan Merotai, selain dari beberapa kawasan di Daerah Tawau. Hasil daripada keprihatinan masyarakat setempat, pihak “Misi Tawau” dapat menjejaki ramai keluarga yang memerlukan. Terima kasih kepada semua warga Tawau yang prihatin dan bekerjasama dalam menjejaki golongan memerlukan di Tawau. 

Kenderaan yang digunakan ketika konvoi

Para sukarelawan membantu mengagihkan sumbangan

Selain itu, Pergerakan “Misi Tawau” juga telah mendapat tajaan daripada pelbagai pihak seperti Pedas Cafe, Estrella, Klinik Pergigian Asmah, Armada Spektrum, Taeda Travel, Aina Andaman dan Bikmie. Terima kasih kepada semua penaja yang telah memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. 
Misi kali ini berjalan dengan baik atas kerjasama daripada pelbagai pihak di Tawau. Terima kasih kepada semua masyarakat Tawau yang telah membantu didalam pergerakan misi kali ini bagi menjejaki dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di Daerah Tawau. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *