TAWAU – Telekom Malaysia (TM) telah melancarkan Program Digital Marketing Solution di Tawau dengan kerjasama 35 usahawan tempatan. Program yang bertujuan mendigitalkan pemasaran produk usahawan tersebut dilihat sebagai langkah penting untuk memperkasakan keusahawanan di peringkat tempatan.
Program tersebut dikhaskan untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada usahawan yang masih menggunakan kaedah pemasaran tradisional. Dalam majlis pelancaran, YB Datuk Andi Suryady Hj Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah, menyatakan bahawa program ini merupakan langkah penting dalam menggalakkan usahawan untuk beralih ke arah pendigitalan.
Salah satu fokus program ini adalah mendedahkan cara-cara pemasaran melalui platform e-commerce terkenal seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Menurut YB Datuk Andi Suryady, usahawan perlu memahami kuasa pendigitalan ini sebagai strategi untuk menjangkau pasaran yang lebih luas, terutama dalam konteks di mana kuasa beli di Tawau mungkin tidak sekuat di pasaran besar di Semenanjung.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini