PTPTN – Permudah Cara Bayaran Balik PTPTN Disebabkan Banjir dan Covid-19

 


Permudah Urusan Bayaran Balik

Kuala Lumpur : “Keputusan penangguhan bayaran balik adalah bukti keprihatinan PTPTN terhadap mereka yang terjejas akibat musibah banjir” kata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan. 



Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan jaminan bahawasanya permohonan untuk menangguh pembayaran balik pinjaman akan dipermudah untuk semua pemohon. Seperti mana yang diketahui umum, dengan keadaan yang penuh dugaan sekarang ini iaitu pandemik Covid-19 dan bencana banjir yang berlaku pastinya akan memberikan kelegaan kepada pemohon dengan penangguhan bayaran balik PTPTN.



Bagi membantu meringankan beban dan proses pembayaran balik PTPTN, bikrokrasi yang berlebihan akan dikawal bagi memudahkan pelaksanaan program bantuan ini. 

Kaedah Pembayaran Balik

Berikut disertakan proses pembayaran balik PTPTN :

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian
2. Layari portal www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik
3. Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan
4. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui emel
5. Hubungi Careline PTPTN jika mempunyai sebarang maklumat lanjut, 03-2193 3000

Semoga dengan penangguhan bayaran balik PTPTN dapat memberikan sedikit sebanyak kelegaan kepada graduan yang berada diluar sana. Terutamanya graduan yang baharu sahaja bergraduasi.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *