PERMAI 2021: Pakej Ransangan Ekonomi Terbaru Dilancarkan PM

Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat ataupun PERMAI yang bernilai RM15 bilion. PERMAI diwujudkan bagi menambah baik inisiatif yang telah tersedia sebelum ini dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang telah diumumkan. 

Dengan berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, 22 inisiatif dilancarkan dibawah PERMAI.

Tiga Inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi PERMAI 2021

Berikut antara inisiatif yang menjadi fokus utama :

1. Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Fasa Akhir dipercepatkan

Bayaran akan dimulakan pada 21 Januari 2021. Pembayaran ini melibatkan 11.1 Juta penerima dengan bayaran keseluruhan berjumlah RM2.38 bilion. Daripada jumlah penerima tersebut, 8 juta penerima akan menerima bayaran untuk fasa yang pertama. 

Bantuan Prihatin Nasional memberikan RM300 kepada golongan isi rumah yang berpendapatan sehingga RM5000 sebulan manakala golongan bujang dengan pendapatan sehingga RM2000 sebulan akan menerima RM150.


2. RM500 bantuan one-off kepada Pemandu Teksi, Bas, Pemandu Pelancong, E-hailing

Kerajaan melalui pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengumumkan RM500 bantuan khas secara sekali bayar akan diberikan kepada pemandu Teksi, Bas, Perkhidmatan Pengangkutan E-hailing serta pemandu pelancong.
Peruntukan dana tambahan sebanyak RM66 juta akan dibelanjakan bagi memberi manfaat kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, ehailing dan lain-lain.
Dalam pengumuman yang sama, layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan lima tahun. Syarat kenderaan telahpun dipendekkan daripada tujuh tahun kepada lima tahun. 


3. Tiga juta permohonan i-sinar KWSP diluluskan.

RM25 bilion akan disalurkan kepada lebih tiga juta permohonan kemudahan i-sinar telah diluluskan sehingga 13 Januari yang lalu. 
Ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri kriteria yang telah ditetapkan dan menghantar sokongan secara dalam talian. Proses pembayaran pendahuluan i-sinar Kategori Dua dipermudahkan dengan cara yang dinyatakan. 
Diatas merupakan antara fokus utama inisiatif PERMAI yang diumumkan oleh YAB Perdana. Menteri dalam sidang live Pakej Bantuan Khas pada hari ini. Diharapkan dengan pengumuman yang dibuat sebentar tadi dapat memberikan kelegaan kepada rakyat Malaysia terutamanya dikala pandemik yang sedang membadai negara. 
Sumber : Berita Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *