Sandakan: Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6 petang semalam. Mangsa yang terlibat itu berusia 18 sehingga 61 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kapal kargo yang karam difahamkan memulakan perjalanan daripada Sandakan menuju ke sempadan perairan Filipina dan kemudian karam di perairan Segama, Lahad Datu semalam.
7 Lelaki Berjaya Diselamatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Didalam temubual yang dilakukan, Panglima Wilayah Laut Dua Laksamana Muda Rusli berkata, kapal kargo terbabit hampir tenggelam, namun dengan kepantasan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tujuh lelaki tersebut berjaya diselamatkan.
Beliau turut mengulas lanjut kronologi operasi menyelamat yang dilakukan oleh pihak mereka. Dengan keadaan laut yang bergelora, mereka menurunkan rakit keselamatan daripada kapal dan memindahkan semua kru kapal yang terlibat.
Detik Cemas Kapten Kapal
Billy Odong, 50, yang merupakan kapten kapal terbabit menceritakan detik cemas yang dihadapi oleh mereka.
“Kapal dimasuki air daripada bahagian depan, usaha untuk memperbaiki bahagian depan gagal dan laut ketika itu bergelora dengan ombak setinggi enam meter.”
Beliau amat bersyukur dengan kehadiran anggota TLDM untuk menyelamatkan mereka.
Kapal kargo tersebut membawa muatan sebanyak empat kontena namun isi kandungannya masih tidak diketahui.
Didalam masa yang sama, satu lagi kejadian bot karam dilaporkan sebelum ini yang melibatkan dua bot. Kejadian ini berlaku pada 13 dan 15 Januari yang lepas di perairan Kuala Kinabatangan Besar dan Kuala Meruap. Operasi mencari dan menyelamat memasuki hari yang keenam dan keempat dengan keputusan carian yang tidak memberikan sebarang petunjuk.
Sejak kebelakangan ini, beberapa tragedi dan kes bot karam berlaku di perairan negeri Sabah. Diharapkan usaha untuk mencari dan menyelamat anak kapal yang hilang dapat ditemui.
Sumber: Berita Harian Online