Majlis Perbandaran Tawau MPT melalui laman Facebook rasminya mengeluarkan sebuah notis makluman berkenaan Aktiviti Sektor Perdagangan Pengedaran yang Dibenarkan Beroperasi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP di Daerah Tawau.
Terdapat 16 jenis perniagaan yang dibenar untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Antara perniagaan yang dibenar beroperasi adalah:
- Kompleks beli belah
- Pasaraya/ Pasaraya besar
- Departmental Store
- Farmasi/ Penjagaan diri
- Kedai serbaneka/ Mini mart
- Dobi (tidak termasuk layan diri)
- Restoran
- Kedai perabot
- Kedai emas
- Kedai elektrik dan elektronik
- Kedai buku dan alat tulis
- Kedai hardware
- Makanan haiwan
- Bengkel kenderaan/ penyelenggaraan/ alat ganti
- Pusat pengedaran dan jualan kereta
- Other special retail stores: Stesen minyak