Subsidi Tiket Mahasiswa Sabah – 18,000 Pelajar Raih Kegembiraan


GEORGETOWN – Kerajaan Sabah telah mengumumkan pemberian subsidi tiket penerbangan berjumlah RM10 juta kepada pelajar dari negeri itu yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyatakan bahawa bantuan khas sekali beri atau ‘one off’ sebanyak RM600 seorang akan diberikan kepada kira-kira 18,000 pelajar tersebut.

subsidi

“Ini adalah langkah yang penting untuk meringankan beban golongan terbabit sempena perayaan Aidilfitri kali ini,” katanya. “Oleh itu, kami berharap bantuan ini dapat membantu pelajar pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.”

“Ini memandangkan harga tiket yang agak mahal dan bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan, ia satu bebanan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri membantu meringankan beban mereka dalam menampung kos pembelian tiket. Tambahnya lagi.

Pemberian subsidi tersebut adalah hasil daripada peruntukan khas Ketua Menteri dan akan disalurkan terus kepada pelajar dalam tempoh terdekat. Maklumat lanjut mengenai mekanisme pembayaran akan dibincangkan, dan pelajar yang layak akan dapat menggunakan bantuan tersebut untuk pulang ke Sabah pada bila-bila masa.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

“Kami yakin bahawa pelajar akan menerima subsidi ini dalam tempoh terdekat ini kerana data pelajar-pelajar yang layak telahpun tersedia,” tambahnya.

Terdahulu Hajiji berkata, sebanyak RM67.4 juta diperuntukkan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun ini. Hal ini bagi membolehkan lebih ramai anak Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *