Seminar Mualaf Madani : Pemerkasaan Mualaf di Negeri Sabah

mualaf madani


TAWAU – Pada Majlis Perasmian Seminar Mualaf Madani yang berlangsung di Tawau, kehadiran lebih daripada 80 orang peserta menunjukkan betapa pentingnya pemerkasaan mualaf di negeri ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Datuk Nizam, ADUN Apas, yang merasmikan program yang dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation. Hidayah Centre Foundation merupakan sebuah organisasi berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai pusat dakwah dan pemerkasaan mualaf.

mualaf madani

Sabah bukan sahaja mempunyai bilangan mualaf paling ramai di Malaysia, tetapi juga menyediakan pelbagai platform untuk memperkukuhkan pengetahuan agama di kalangan mualaf.

Dengan kerjasama antara Jabatan Pendidikan, Jheains, MUIS, Persatuan Mualaf Sabah, dan beberapa NGO lain. Seminar ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam membangunkan potensi mualaf di negeri ini.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Menurut Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi Jawatankuasa Mualaf Sabah, “Kehadiran lebih daripada 80 peserta dalam program ini adalah satu petanda yang amat memberangsangkan. Hal ini menunjukkan kesedaran yang meningkat di kalangan masyarakat Sabah mengenai kepentingan pemerkasaan mualaf.

Dalam siri jelajah Negeri Sabah, tahun lepas program ini telah diadakan di keningau dan kota marudu, dan tahun ini Daerah Tawau menjadi destinasi pelaksanaan program.

mualaf madani

Kehadiran YB Datuk Nizam dalam majlis perasmian menunjukkan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha-usaha pemerkasaan mualaf. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan penghargaan atas pemilihan Tawau sebagai tempat pelaksanaan program ini. Selain itu, beliau juga menyuarakan harapan bahawa seminar ini akan memberi manfaat yang besar kepada mualaf Sabah.

Dengan komitmen yang berterusan dari pihak berkuasa tempatan dan sokongan daripada masyarakat, golongan mualaf akan terus diperkasa. Langkah seterusnya adalah untuk terus memperluaskan program-program pemerkasaan mualaf dan memastikan kesan positifnya dirasai oleh komuniti mualaf di seluruh negeri.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *