Pangkalan Tentera Israel Alami Kerosakan Akibat Serangan Dron Iran

BAITULMAQDIS : Tentera Israel mengesahkan bahawa salah satu daripada pangkalan mereka mengalami kerosakan. Kerosakan ini diakibatkan serangan ratusan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG) pada hari sebelumnya.

Jurucakap tentera, Daniel Hagari, menyatakan lebih 200 dron dan peluru berpandu telah dilancarkan dari Iran ke Israel. Sebuah pangkalan tentera mengalami sedikit kerosakan dalam serangan tersebut.

Hagari menambah bahawa kebanyakan daripada dron dan peluru berpandu itu telah dipintas dan ditembak jatuh oleh tentera udara Israel sebelum mereka mencapai sasaran. Beliau juga menyatakan bahawa pihak tentera kini berada dalam keadaan berjaga-jaga menyusul serangan Iran.

Berikutan pemintasan Israel ke atas puluhan peluru berpandu dan dron Iran, Tel Aviv dilaporkan mengalami kerugian sehingga lima bilion shekel (AS$1.35 bilion), lapor media Israel pada Ahad.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Bekas penasihat kewangan kepada ketua kakitangan Israel, Brigadier Jeneral Ram Aminach, menganggarkan kos pertahanan malam tersebut antara empat hingga lima bilion shekel (AS$1.08 hingga AS$1.35 bilion).

Aminach menekankan bahawa beliau hanya membincangkan kos pertahanan terhadap apa yang dilancarkan oleh Iran dan bukan kecederaan yang berlaku. Katanya, peluru berpandu ‘Arrow’ digunakan untuk memintas peluru berpandu balistik Iran. Sementara itu, kos untuk satu peluru berpandu ‘Magic Wand’ adalah AS$1 juta.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, mengesahkan bahawa kira-kira 350 peluru berpandu dan dron dilancarkan dari Iran ke Israel. Kebanyakan dron yang dilancarkan berjaya dipintas.

Hagari juga menegaskan bahawa sebahagian besar serangan dari Iran telah digagalkan oleh sistem pertahanan udara Israel. Pangkalan udara Nevatim terus beroperasi. – AGENSI

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *