Cadangan Tambah Bilangan Petugas Kesihatan di Hospital Tawau Telah Dikemuka

TAWAU : Isu kekurangan penjawat awam bagi keperluan di Bangunan baharu Hospital Tawau telah menjadi perhatian utama. Sebelum ini permintaan untuk 1,000 penjawat awam ditempatkan di bangunan baharu hospital telah diajukan, namun hanya 280 jawatan sahaja yang telah diluluskan.

YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau mengambil berat dengan keadaan yang berlaku. Beliau berkata “Setelah saya bangkitkan isu berkenaan baru-baru ini, pihak KKM berjanji akan menambah bilangan petugas kesihatan di Hospital Tawau secara berperingkat,” katanya.

hospital tawau

Beliau ditemui media ketika mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak dan merasmikan majlis Rumah Terbuka Hospital Tawau hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Datuk Dr. Abd Kahar Abd Asis, Pengarah Hospital Tawau, Dr. Norlimah Arsad dan Timbalan Pengarah Hospital, Dr. Azman Ibrahim.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Selain itu, YB Datuk Lo Su Fui juga turut mengulas mengenai keadaan dan permasalahan yang dihadapi. Terutama kekurangan tempat letak kenderaan untuk kakitangan dan pelawat. Tempat letak kenderaan terhad dan mendatangkan pelbagai permasalahan kepada kakitangan dan pengunjung.

hospital tawau

Menyambut tindakan yang perlu diambil, pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan kawasan letak kenderaan yang mencukupi. Hal ini bagi memenuhi keperluan pengunjung hospital. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan keselesaan dan kemudahan bagi mereka yang mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Komitmen pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu-isu seperti kekurangan tenaga kerja dan kemudahan infrastruktur adalah langkah positif. Terutama dalam memastikan setiap rakyat Malaysia menerima akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *