.
TAWAU – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengucapkan penghargaan kepada pemilik Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise kerana berjaya mengubah lima ekar tanah miliknya menjadi destinasi pelancongan yang baru di daerah ini.
Menurut beliau, sebagai pemimpin di kawasan ini, beliau memberi sokongan penuh kepada usaha yang dilakukan terutamanya di kawasan Apas.
Beliau menyeru agar pemilik Apas Paradise ini secara rasmi memberitahu Majlis Perbandaran Tawau (MPT) tentang operasi mereka dikawasan ini. Hali ini kerana, pihak MPT dapat menyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada mereka.
“Kerjasama ini penting kerana MPT dapat membantu memperkenalkan kawasan pelancongan mereka kepada pelancong, terutamanya yang berasal dari luar negeri,” katanya.
Selain itu, pemain industri pelancongan juga disarankan untuk mendaftar dengan Lembaga Pelancongan Sabah. Hal ini memudahkan untuk mendapatkan informasi kepada geran bantuan yang ditawarkan untuk membantu usahawan pelancongan di negeri ini.
Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti
“Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Termasuk taman tema air, memancing, berkhemah, bola sepak pantai, dan banyak lagi,” katanya.
“Kami berharap usaha ini akan menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara pada masa akan datang,” tambah Datuk Nizam.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini