TAWAU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memainkan peranan penting sebagai pelengkap kepada agensi penguatkuasa seperti polis dan tentera. Setiap agensi mempunyai peranan masing-masing, tetapi APM turut membantu dan memberikan nilai tambah kepada keseluruhan sistem keselamatan negara.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menekankan perkara ini semasa ditemui oleh media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di PKOD Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Cawangan Tawau).
Sambutan ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim di kalangan warga dan memperkukuhkan hubungan di peringkat komuniti. Dalam majlis ini beberapa cawangan APM hadir disini bagi memeriahkan majlis sambutan yang dilangsungkan.
Majlis dimeriahkan dengan gerai-gerai makanan yang disediakan oleh para anggota APM yang hadir. Gerai dihias dengan cantik dan kemas sebelum dinilai bagi pertandingan yang diadakan.
Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti
Peranan APM sangat penting terutama dalam membantu masyarakat ketika berlakunya bencana seperti banjir dan kebakaran. Dengan sokongan dan kepakaran mereka, APM berperanan sebagai pihak yang turut serta dalam usaha pemulihan dan penjagaan keselamatan masyarakat dalam keadaan darurat.
Kewujudan APM dapat membantu meringankan beban agensi keselamatan lain serta meningkatkan mutu kawalan dan perlindungan kepada masyarakat setempat. Anggota yang terlibat telah dilatih dengan latihan yang telah disediakan bagi memastikan mereka mendapat kemahiran secukupnya sebelum turun membantu dilapangan.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini