Kenaikan Gaji : Penjawat Awam Diseru Beri Komitmen Terbaik

TAWAU – Kenaikan gaji penjawat awam dijangka akan dikuatkuasakan pada akhir tahun ini. Perkara ini merupakan kenaikan yang paling signifikan dalam sejarah perkhidmatan awam dengan kadar lebih 13 peratus.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menyeru agar semua kakitangan awam memberikan komitmen dan sokongan penuh terhadap setiap dasar yang telah ditentukan oleh kerajaan.

gaji

Kenaikan gaji ini menunjukkan Perdana Menteri turut mengakui kepentingan dan sumbangan besar kakitangan awam dalam pentadbiran negara.

Walau bagaimanapun, Nizam menegaskan bahawa penghargaan ini perlu dibalas dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Selain itu, penjawat awam juga diseru untuk menyokong dasar yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini untuk membangunkan negara.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

“Justeru, saya juga berharap kakitangan awam di daerah ini dapat menjaga nama baik kerajaan dan komited meningkatkan kualiti kerja,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian semasa ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Wisma Persekutuan Tawau hari ini.

Mengulas mengenai Majlis Ramah Mesra Aidilfitri, Nizam memberikan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur. Hal ini kerana berjaya mengadakan majlis yang penuh bermakna ini.

wisma

“Majlis ini adalah salah satu pendekatan yang terbaik. Terutama untuk merapatkan hubungan silaturahim antara seluruh warga kakitangan awam di Wisma Persekutuan Tawau.

“Saya turut mengharapkan kakitangan awam di sini dapat beramah mesra dengan orang awam yang hadir dalam majlis ini,” katanya.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tawau, Matnoor, Mantan Timbalan Presiden MPT, Tony Koh dan Ketua Perwakilan Konsulat Indonesia di Tawau, Ibu Heni.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *