Tawau Food Bank Inisiatif NGO Tawau Prihatin Bantu Golongan yang Memerlukan Bantuan Di Tawau

 

Oleh: Nasra

TAWAU FOOD BANK merupakan salah satu inisiatif murni yang diasaskan oleh sebuah NGO tempatan, iaitu Team Tawau Prihatin. Team Tawau prihatin merupakan sebuah NGO tempatan yang bergerak aktif dalam menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada semua lapisan golongan masyarakat yang memerlukan khususnya di Tawau. 

 


Inisiatif ini dilakukan bagi membantu golongan yang benar-benar terjejas di musim pandemik ini. Usaha ini turut mendapat perhatian dan liputan media pada 31 Oktober yang lepas. Sebelum kewujudan Tawau Food Bank, pihak Tawau Prihatin aktif mengagihkan bantuan dari kampung ke kampung untuk membantu mana-mana penduduk yang terjejas.

Sekitar pagi tadi, orang ramai dilihat berbaris panjang di sebuah lot kedai yang menempatkan rak Tawau Food Bank berdekatan Bataras Hypermarket,  hari ini (Isnin, 2 Nov).  Perkara ini menimbulkan isu dalam kalangan penduduk Tawau tentang pematuhan SOP dan penjarakkan sosial  yang berlaku dalam keadaan tersebut. 

 

Orang Tawau yang kehilangan pekerjaan dan sumber pencarian datang ke Tawau Food Bank untuk mendapatkan bantuan makanan 


Berikutan itu, pihak Tawau Prihatin telah memuat naik satu posting untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.


 

 Terlebih dahulu pihak kami di Tawau Prihatin memohon maaf atas kesesakan ketika pengagihan makanan untuk “Tawau Foodbank”. Niat kami hanya untuk membantu saudara-saudara kami yang kehilangan sumber pendapatan semasa PKPB di Daerah Tawau. 

 

Menurut pihak Tawau Prihatin, mereka tidak menyangka sama sekali kesesakan akan berlaku berikutan pengagihan barangan keperluan daripada bank makanan yang ditubuhkan oleh pihak mereka sejak hujung Oktober yang lalu. Seramai 480 buah keluarga yang datang untuk mendapatkan bantuan dan dalam masa satu jam sahaja agihan dapat diselesaikan.

 

Pihak Tawau Prihatin juga menjelaskan bahawa mereka sudah berusaha untuk mengikuti SOP yang ditetapkan oleh KKM dengan sebaiknya walaupun berlaku sedikit kesesakan yang tidak dapat dielakkan. Mereka turut memaklumkan akan berusaha untuk bekerjasama dengan pihak Rela dalam agihan yang seterusnya.

Pihak Tawau Kini berharap agar isu ini tidak melemahkan semangat team ngo Tawau Prihatin untuk terus membantu masyarakat Tawau yang dalam kesusahan. Semoga kejadian ini menjadi panduan  untuk sebarang aktiviti pengagihan bantuan seterusnya agar sentiasa kekal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Untuk mana-mana individu/keluarga yang benar-benar memerlukan dan mempunyai kekangan untuk mendapatkan bantuan seperti tidak mempunyai kenderaan boleh terus menghubungi pihak Tawau Prihatin melalui Facebook Tawau Prihatin. 

Facebook: Tawau Prihatin

Bagi individu yang ingin bersama-sama membantu boleh terus pergi ke rak Tawau Food Bank yang disediakan di sebuah lot kedai berdekatan Bataras Hypermarket untukk meletakkan apa-apa barangan keperluan yang mahu disumbangkan.

 

Orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa turut sama menyumbang bekalan makanan untuk Rak Tawau Food Bank 


Untuk makluman, Tawau Food bank dibuka setiap hari untuk apa-apa sumbangan yang berkaitan dan hanya hari tertentu untuk agihan iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Oleh itu, sesiapa yang benar-benar memerlukan bolehlah pergi mendapatkan bantuan pada hari yang ditetapkan.

Sumber: Facebook Tawau Prihatin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *