KMI Tawau Lancar Perkhidmatan Ortopedik

ortopedik

TAWAU – Bagi menyokong perkhidmatan Ortopedik di KMI Tawau, sistem pengimejan C-arm telah diperoleh. Sistem ini digunakan untuk membantu dalam pengendalian rawatan yang lebih cekap dan berkesan.

Peranti C-arm ini menyediakan pengimejan masa nyata dan mengurangkan pendedahan radiasi bagi membantu pesakit pulih dengan lebih cepat serta rawatan yang dilakukan adalah lebih tepat.

ortopedik
Tetamu kehormat yang hadir pada majlis pelancaran tersebut

Bagi menjamin keselamatan pesakit dan kakitangan perubatan, model ini mempunyai penjana frekuensi harmonik (Harmonic Frequency Generator atau HFG) yang berkuasa dan tiub pusingan dengan pendedahan sinar-X berdos rendah. Teknologi C-arm secara rasminya telah digunakan pada Disember 2023.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Sabtu lepas menyaksikan pelancaran bagi perkhidmatan ortopedik di KMI. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar Bin Ali, Pengarah KMI Tawau. KMI Tawau Medical Centre (“KMI Tawau”), salah sebuah rangkaian hospital milik Kumpulan Medic Iman (“KMI Healthcare”).

Pelancaran ini menandakan hospital KMI Tawau telah berkembang terutamanya dalam pengendalian rawatan yang berkualiti bagi merealisasikan slogan syarikat iaitu “Menerajui Kehidupan Sihat”.

Majlis pelancaran ini turut disaksikan dengan kehadiran tetamu kehormat Ahli Parlimen Kalabakan merangkap ADUN Tanjung Batu, YB Datuk Andi Suryady dan juga ADUN Balung, Datuk Hamild Awang.

ortopedik
Majlis Pelancaran Ortopedik

KMI Tawau komited dalam memperkembangkan perkhidmatan disiplin perubatan bagi merealisasikan reputasi penjagaan kesihatan bermutu di Tawau. En. Zainulalim Samsudin, Pengurus Besar KMI Tawau dalam kenyataannya berkata, “KMI Tawau akan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan professional kepada pesakit. Perkara ini selaras dengan misi syarikat iaitu menyediakan penjagaan yang selamat dan berkualiti kepada pelanggan.”

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *