Hawana 2024 : Etika Teras Kewartawanan Mapan

wartawan

KUALA LUMPUR : Etika kewartawanan yang diamalkan oleh wartawan profesional merupakan asas kepada industri kewartawanan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai. Garis panduan etika ini ditetapkan untuk memastikan wartawan relevan sepanjang zaman. Perkara ini juga menjadi asas kepada pelaporan berita yang bertanggungjawab dan berintegriti.

wartawan

Latihan formal, garis panduan etika, dan pengawasan editorial adalah elemen penting dalam memastikan pelaporan berita yang boleh dipercayai. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar, menekankan bahawa prinsip-prinsip ini membentuk tembok pemisah antara wartawan profesional dan ‘wartawan jadian’ yang semakin ramai dalam masyarakat.

Bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, tema ‘Etika Teras Kewartawanan Mapan’ telah diangkat untuk sambutan yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Mei ini di Kuching, Sarawak. Acara ini dijangka menjadi platform penting bagi pengamal media, wakil persatuan wartawan tempatan, dan wakil media dari negara anggota Asean untuk bertukar-tukar idea serta menjalin hubungan strategik.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

HAWANA 2024 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak menerusi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS). Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pula bertindak sebagai agensi pelaksana bagi acara tahunan ini.

wartawan

Etika kewartawanan bukan sahaja menjadi panduan dalam pelaporan berita tetapi juga memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap media. Dengan kehadiran pengamal media dari seluruh rantau, HAWANA 2024 diharapkan dapat memperkukuh komitmen terhadap kewartawanan yang beretika dan mapan. Sekaligus meningkatkan standard industri media di Malaysia dan serantau.

Melalui acara seperti HAWANA, wartawan dapat memperkukuh integriti dan profesionalisme mereka. Selain itu memastikan bahawa etika kewartawanan terus menjadi teras kepada pelaporan yang bertanggungjawab dan berkualiti tinggi.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *