“Mereka terpaksa meredah air paras betis dan tanah berlumpur untuk keluar” – Pasukan Tabung Solidariti Tawau kongsi pengalaman


Oleh : Ameera

Pihak Tawaukini dan beberapa NGO telah bergerak memulakan misi agihan bantuan untuk keluarga yang terjejas dan memerlukan sepanjang PKPB kali ini, Lokasi pertama adalah di sebuah tempat yang jarang didengari, iaitu di belakang Kilang In-Pro’s Batu 5.

“Kami akan keluar ditepi jalan” kata penduduk tersebut apabila pihak Tawaukini menghubungi keluarga yang menerima bantuan itu. Berasa tidak puas hati, mereka mencari jalan ke kawasan tersebut dan akhirnya berjaya menghubungi seorang remaja yang memberi penjelasan agak jelas untuk menuju ke lokasi tersebut.

TERKEJUT MELIHAT KEADAAN PENDUDUK

Ketua Unit Perhubungan Tawaukini, saudara Abdul Salam Undong berkata, “apabila kami memasuki ke lokasi tersebut, mata agak terbeliak dan kaku ketika melihat keadaan jalan yang off-road dan jalan pun sudah ditenggalami air paras betis. Hanya kereta tinggi seperti double cab sahaja yang boleh melalui jalan disana. Alangkah rasa bersalahnya jikalau kami menunggu diluar tepi jalan, sedangkan untuk mereka menuju ke “tepi jalan” itu sangatlah jauh untuk keluar. Bayangkan mereka terpaksa meredah air paras betis dan tanah berlumpur untuk keluar”

Terdapat 12 keluarga keseluruhannya dan seorang makcik keluar membawa senarai nama yang ditulis pada kertas dan berkata, “kamu check lah dulu dik, makcik ada tulis nama-nama keluarga yang ada di sini”. Nama-nama yang ditulis pada kertas-kertas koyak itu diserahkan dan melihat kepada keadaan kertas itu sahajaa sudah membuat hati remuk. Kami terus membuat agihan kepada keluarga yang ada di situ secara bergilir.




PKPB: PELUANG BEKERJA TERBATAS

Pasukan Tabung Solidariti Tawau juga berkesempatan berbual dengan beberapa orang di sana antaranya adalah seorang pakcik yang bekerja sebagai tukang kayu. Kebiasaannya pakcik itu akan turun bekerja mencari duit untuk makan mereka sekeluarga sehari-hari. Namun apabila PKPB dilaksanakan, ia bagaikan satu tamparan yang kuat buat kehidupan mereka kerana mereka terpaksa mencari alternatif lain bagi mencari sumber makanan.

Amanah penyumbang telahpun disampaikan kepada mereka yang memerlukan dan mereka sebagai penerima bantuan mendoakan kepada semua penyumbang agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *