Hajiji Sarankan KBSS Perkenal Program SYVOC untuk Belia Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBSS) untuk melaksanakan program seperti Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam komuniti anak muda di Sabah. Saranan ini seiring dengan slogan “Yakin Boleh, Belia Sabah Maju Jaya” bagi Karnival Belia Sabah 2024.

belia

Hajiji mencadangkan kerjasama antara KBSS dengan kementerian lain seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (KSTI) untuk program STEM dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk pemerkasaan beliawanis. Beliau menekankan pentingnya menyediakan anak muda dengan kemahiran teknologi seperti Cloud dan AI. Hal ini sejajar dengan pelaburan RM10.5 bilion daripada Microsoft Corp.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM16.89 juta dalam Belanjawan Sabah 2024 untuk program kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan belia. Program berimpak tinggi seperti Felo Sabah Maju Jaya (Felo SMJ) dan Dewan Belia Sabah (DBS) akan diteruskan. Karnival Belia Sabah yang diadakan setiap tahun adalah platform untuk menggilap potensi anak muda. Selain itu, untuk memupuk semangat kepemimpinan, dan menghargai peranan mereka dalam pembangunan negeri.

Baca Juga : Kerjasama PBS-STAR Bakal Jadi Realiti

Hajiji turut menggesa anak muda di Sabah untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh kerajaan negeri. Beliau menekankan bahawa anak muda adalah aset penting dalam pembangunan negeri dan negara. Perkara ini kritikal untuk mereka terus menambah ilmu, menjaga kesihatan, dan mengembangkan kemahiran demi mencapai masa depan yang lebih cemerlang untuk Sabah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *