KUCHING – Kementerian Komunikasi akan menjalankan pertemuan dengan semua pengendali platform media sosial di Singapura pada bulan hadapan. Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pertemuan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap tindakan Meta Platforms, pemilik kepada Facebook, yang menurunkan hantaran penyiaran laporan berita oleh media Malaysia tentang pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Hasidah, di Qatar pada 13 Mei yang lalu.
“Pertemuan ini bertujuan untuk menegaskan beberapa isu, termasuk prinsip kebebasan media yang harus dipegang teguh. Fahmi menegaskan bahawa tindakan Meta adalah tidak munasabah, dan syarikat itu seharusnya lebih berhati-hati dalam mengendalikan situasi tersebut.
Beliau ditemui media ketika Majlis Perasmian Hari Wartawan Nasional 2024 (HAWANA) yang berlangsung di Atrium Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak. Ucapan selamat datang diberikan kepada wartawan yang datang daripada lebih 6 buah negara di rantau asia sempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional kali ini.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
HAWANA kali ini membuka tirai dengan pameran daripada lebih daripada 20 pempamer daripada pelbagai agensi media di Sarawak. Program itu diteruskan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Selanjutnya, Persidangan Media dan Majlis Penutupan masing-masing akan berlangsung pada Ahad dan Isnin nanti. Persidangan Media merupakan antara acara tarikan pada program kali ini. Bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ yang akan berlangsung selama dua hari bermula Ahad.
HAWANA tahun ini ialah edisi keempat penganjurannya selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, Melaka (2022) serta Perak (2023), dan tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bertujuan meraikan sumbangan para wartawan.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini