HAWANA 2024 : PM Umum RM1 Juta Peruntukan Tabung Kasih

hawana


KUCHING – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024. Majlis ini telah berlangsung di The Waterfront Hotel, Kuching, Sarawak hari ini. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA bagi tahun 2025. Selain itu, RM1 juta lagi untuk Pusat Kecemerlangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Dana ini bertujuan untuk menganjurkan kursus berkaitan kecerdasan buatan (AI) bagi pengamal media.

hawana

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, turut berkongsi berita gembira bahawa mulai 1 Julai 2024, Kementerian Komunikasi melalui BERNAMA akan menanggung caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi semua pengamal media dalam kategori ‘Stringers’ selama satu tahun.

Selain itu, majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak, Anugerah HAWANA 2024, dan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA. Anugerah dan sumbangan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media, bekas petugas media, serta wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Tarikh 29 Mei telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional. Pewartaan ini adalah untuk memperingati penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. Sambutan ini bertujuan mengiktiraf sumbangan pemain industri media yang memainkan peranan penting. Terutama dalam membentuk minda masyarakat bermaklumat, memupuk kerjasama, dan memacu perubahan positif dalam industri.

Majlis ini turut dihadiri oleh Premier Sarawak, YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg; Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; dan Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *