UMNO Sebatik boikot Perikatan Nasional? Nyata sokongan terang-terangan kepada PCS

 

Posting terbaru laman facebook rasmi UMNO Dun Sebatik hari ini menarik perhatian ramai apabila mengumumkan untuk menyokong Abdul Samat Bin Akui daripada Parti Cinta Sabah (PCS) sekaligus menghilangkan sokongan UMNO kepada calon Perikatan Nasional iaitu Datuk Muis Picho.

Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Tidak Stabil

Sekiranya benar, maka masyarakat akan menjustifikasikan bahawa kerjasama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional akan menjadi terlalu rapuh untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan yang stabil di Sabah.

Hal ini semakin parah apabila berlaku pertembungan sesama sendiri antara BN dan PN melibatkan sekitar 11 kerusi bagi PRN Sabah selepas pengumuman penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihanraya semalam.

Berdasarkan semakan, kerusi ditandingi PBS paling banyak bertembung dengan rakan parti lain.

Calon parti itu bertembung dengan calon Umno di Bengkoka, Tanjung Aru dan Telupid, manakala bertembung dengan PBRS di Matunggong, Tandek dan Kadamaian selain bertembung dengan calon MCA di Kapayan dan Karamunting.

Selain itu, calon Umno turut bertembung dengan calon Star di Paginatan, manakala PBRS bertembung dengan Star di Sook dan Tulid. -Harian Metro



Posting Facebook UMNO Sebatik :

“Atas hasil perbincangan,team admin dengan sebulat suara bersedia membantu seorang rakan perjuangan lama.

Team admin telahpun mengkaji dengan amat teliti latar belakang setiap calon yg akan bertanding di DUN sebatik.

Dan calon yg terbaik adalah saudara ABDUL SAMAT BIN AKUI.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *