Menghayati Erti Sebenar Pengorbanan

aidiladha

TAWAU – Dalam sambutan Aidiladha kali ini, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, YB Datuk Andy Suryady Bandy, menekankan pentingnya menghayati erti sebenar pengorbanan dalam perayaan tersebut. Beliau mengingatkan masyarakat tentang nilai-nilai pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, yang seharusnya menjadi teladan bagi semua.

Bersempena dengan perayaan ini, sebanyak 25 ekor lembu telah diagihkan ke seluruh kawasan parlimen tersebut termasuk surau dan kem-kem tentera. Satuprogram qurban perdana telah diadakan di pejabat DUN, dan sebanyak 15 ekor lembu telah disembelih dan pengagihan daging kepada kampung-kampung sekitar DUN Tanjung Batu.

aidiladha

Beliau memuji penyertaan baik daripada masyarakat setempat yang turut serta dalam program ini. “Saya berkesempatan berkunjung ke beberapa tempat dan melihat kemeriahan ibadah qurban yang dilaksanakan. Di Tawau, sambutan daripada masyarakat sangat menggalakkan,” katanya.

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Andy Suryady menekankan bahawa sambutan Aidiladha bukan sekadar menjalankan ibadah qurban, tetapi juga memperingati pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. “Pengorbanan ini bukan hanya tentang menyembelih haiwan, tetapi ia mempunyai definisi yang sangat besar dalam menyahut seruan Ilahi. Saya berharap agar masyarakat dapat menghayati erti sebenar perayaan ini,” ujarnya.

aidiladha

Beliau juga berharap agar semangat pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan dalam perayaan ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian. “Aidiladha mengajarkan kita tentang pengorbanan dan kepatuhan kepada Allah. Marilah kita hayati semangat ini dan amalkan dalam kehidupan kita,” tambah beliau.

Dengan adanya program-program sebegini, diharapkan masyarakat dapat lebih memahami dan menghayati makna sebenar Aidiladha serta terus mengamalkan semangat gotong-royong dan kebersamaan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *