6
TAWAU – Dalam usaha memperkukuhkan industri pelancongan Sabah, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sedang giat merancang dan melaksanakan beberapa projek penting di seluruh negeri. Terutamanya untuk membangunkan lebih banyak produk pelancongan yang menarik minat pengunjung, termasuk projek-projek yang mengutamakan aspek kebudayaan.
Salah satu inisiatif utama adalah pembinaan Tawau International Cultural Centre (TICC) di kawasan Sabindo, yang secara simbolik dimulakan dengan Majlis Pecah Tanah. Menurut Datuk Seri Hajiji, TICC akan menjadi mercu tanda baru bagi Tawau. Hal ini kerana, TICC tidak hanya memperkaya lanskap budaya wilayah ini tetapi juga dijangka menjadi pusat acara penting seperti FKAT.
“Pembinaan TICC ini tepat pada masanya. Setelah siap, ia akan menjadi lokasi yang ideal untuk mengadakan pelbagai acara kebudayaan, konvensyen, seminar, dan lebih banyak lagi. TICC akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti dewan konvensyen yang luas dan bilik seminar yang dilengkapi teknologi terkini. Selain itu, turut dilengkapi dengan mini teater untuk pertunjukan kecil, dan juga ruang pameran seni,” ujarnya.
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Menunjukkan Pertumbuhan Signifikan
Tawau, sebagai pintu masuk utama ke Taman Laut Tun Sakaran yang popular di Semporna. Kegiatan ini menunjukkan pertumbuhan signifikan dalam jumlah pengunjung. Selain itu, peningkatan kapasiti penerbangan mingguan dan penerbangan khas dari China ke Tawau menambah nilai kepada strategi pembangunan pelancongan di daerah ini.
“Pembinaan TICC juga merupakan satu persiapan strategik Tawau sebagai bandar yang paling dekat dengan ibu kota negara Indonesia yang akan berpindah ke Nusantara. Ini tidak hanya akan merancakkan perdagangan tetapi juga meningkatkan aktiviti pelancongan di sini,” tambah Datuk Seri Hajiji.
Dengan anggaran resit pelancongan yang mencapai RM2.23 bilion pada awal tahun ini, pembangunan infrastruktur seperti TICC menjadi amat penting dalam mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dan pelancongan Sabah. Diharapkan TICC akan menjadi ikon baru yang mengukuhkan Tawau sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini. Selain itu, menarik pelancong dari pelbagai sudut dunia untuk menikmati keindahan alam dan kebudayaan yang unik di Sabah.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini