Tidak Terkawal, BSN Semporna Diarah TUTUP! Ini Puncanya

SEMPORNA; 03 OGOS 2020 (Isnin) – Sebuah cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) semporna ditutup sementara waktu bermula kelmarin kerana didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dari segi penjarakan fizikal bagi pelanggan yang ingin berurusan di bank berkenaan.

AMBIL LANGKAH SEGERA ELAK KESESAKAN

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr. Shameer Khan Sulaiman berkata, minggu lalu, pihaknya telah melawat dan menasihatkan bank terbabit supaya mengambil langkah pro-aktif bagi mengelak kesesakan ketika berurusan.

Image may contain: one or more people, text that says 'BSN Remit DESN NOTIS SNB KESIA AN KESIHATAN'

Bagaimana pun kawalan hanya dapat dilakukan di bahagian kaunter dalam bank sahaja, manakala di bahagian ATM dan di hadapan bank tidak dapat dikawal oleh pihak bank dengan kehadiran orang awam yang begitu ramai secara berterusan.

CADANGAN TAMBAH ANGGOTA KESELAMATAN

Dalam pada itu, menurut Dr. Shameer, Pejabat Kesihatan telah memberi cadangan supaya pihak bank menambah keanggotaan pegawal keselamatan buat masa kini berikutan orang ramai yang berurusan di bank berkenaan.

Image may contain: 1 person

Pihak bank juga disaran membuka kaunter-kaunter khas di luar premis dengan kebenaran pejabat daerah supaya masalah kesesakan dapat dielakkan sekaligus mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.


Kredit : BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *