Gempa Bumi di Mindanao, Filipina : Gegaran Dirasai Di Tawau

TAWAU –  Susulan gempa bumi yang melanda Mindanao, Filipina pagi tadi, gegaran turut dirasai oleh masyarakat di Tawau dan memaksa semua penghuni Wisma Persekutuan Tawau untuk segera keluar dari bangunan tersebut.

Ketika tinjauan dilakukan oleh pihak Bomba di bangunan setinggi tujuh tingkat itu, didapati semua penghuni telah turun dan berkumpul di kawasan kecemasan, sebagaimana yang diarahkan oleh pasukan keselamatan. Penghuni yang berada di tingkat tujuh terutamanya, merasai gegaran selama lebih daripada satu minit.

Pengerusi Wisma Persekutuan Tawau, Amir Kanje, menyatakan bahawa gegaran dirasai sekitar jam 10.30 pagi, sebelum mereka menyedari bahawa gempa bumi telah berlaku di Mindanao, Filipina.

gempa
warga Wisma Persekutuan berkumpul diluar bangunan

“Setelah menerima makluman mengenai kejadian gempa bumi, semua penghuni diarahkan untuk segera turun dan keluar dari bangunan. Hal ini dilakukan demi keselamatan mereka,” kata Amir. “Saya telah mengarahkan semua penghuni untuk berkumpul di kawasan keselamatan di hadapan bangunan. Semua penghuni mematuhi arahan ini dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku semasa proses evakuasi.”S

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Suheizan Sahak, memaklumkan bahawa pihak bilik kawalan menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi. “Sepasukan pegawai dan anggota bomba bersama dua buah jentera segera digerakkan ke lokasi untuk melakukan tinjauan di Wisma Persekutuan Tawau,” katanya.

Sebaik tiba di lokasi, didapati semua penghuni telah keluar dan berkumpul di hadapan bangunan akibat gegaran yang dirasai. Pasukan bomba kemudian memberikan taklimat keselamatan kepada ketua-ketua jabatan di bangunan tersebut.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Amaran Terhadap Gempa Bumi Susulan

Menurut Suheizan, pihak Meteorologi Sabah telah memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan gempa bumi susulan akan berlaku. Oleh itu, pihak bomba memutuskan untuk mengosongkan bangunan sehingga jam 2 petang atau sehingga pihak Meteorologi Sabah mengesahkan keadaan selamat.

“Buat masa ini, pihak bomba sedang memantau sekitar bangunan Wisma Persekutuan Tawau dan kawasan sekitar Tawau, terutama di pusat bandar. Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan,” tambahnya.

Keadaan kecemasan ini menunjukkan pentingnya langkah berjaga-jaga dan respons pantas oleh pihak berkuasa. Selain itu juga, kerjasama dari semua penghuni bangunan amat pentingdalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama. – Utusan Borneo

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *