Ini 13 DUN Baharu Negeri Sabah yang Baru Diumumkan. Keseluruhan 73 Kerusi DUN.

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Perkara itu disahkan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Rohiman Rahia, ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

“Sebanyak 73 kerusi akan dipertandingkan,” katanya ringkas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan.

Bagaimanapun, Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu, meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi .

SPR turut dilapor mengesyorkan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Negeri Sabah ditambah 13 bagi menjadikan jumlah keseluruhan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sabah kepada 73 Bahagian.

Sebanyak 13 DUN berkenaan ialah

  • N02 Bengkoka
  • N06 Bandau
  • N08 Pintasan
  • N13 Pantai Dalit
  • N17 Darau
  • N24 Tanjung Keramat
  • N27 Limbahau
  • N44 Tulid
  • N47 Telupid
  • N51 Sungai Manila
  • N58 Lamag
  • N61 Segama
  • N70 Kukusan
PRN Sabah bakal diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pada Khamis lalu.

Ia dibuat beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *