25 Jawatan Kosong Dibuka untuk Permohonan SPANS

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) mengumumkan pembukaan 25 jawatan kosong bagi individu yang berkelayakan untuk menyertai perkhidmatan awam negeri ini. SPANS, yang pada asalnya dikenali sebagai The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963, telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63.

Pelbagai jawatan ditawarkan untuk calon yang memenuhi syarat kelayakan. Antara jawatan yang tersedia adalah Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pembantu Awam Gred H11, Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19, Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19, Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, Pembantu Operasi Gred N11, Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29, Pembantu Penerbitan Gred N19, dan Juruaudit Gred W41.

jawatan kosong

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini hendaklah dilakukan secara ONLINE melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di https://espans.sabah.gov.my/. Calon-calon yang pertama kali membuat permohonan secara ONLINE perlu memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap. Selain itu permohonan yang dikemukakan adalah selaras dengan kelayakan akademik yang diiklankan di dashboard calon.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Tarikh permohonan dibuka bermula 15 Julai 2024 dan akan ditutup pada 31 Julai 2024, tepat jam 11.59 malam. Calon-calon yang berminat digalakkan untuk memohon segera dan memastikan semua maklumat yang diperlukan disertakan dengan lengkap.

Untuk maklumat lanjut, calon boleh melayari laman web SPANS. Selain itu, maklumat juga boleh diperolehi dengan menghubungi pihak Suruhanjaya melalui saluran komunikasi yang disediakan di laman web rasmi.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *