Katanya, kesepakatan itu amat penting untuk memastikan kemenangan bagi mengambil alih kerajaan negeri yang ada sekarang.
Jelas Nizam, dengan adanya matlamat yang sama, pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berjalan lancar.
“Saya yakin apabila matlamat dalam parti-parti komponen ataupun gabungan Perikatan Nasional adalah satu tujuan yang sama. Saya yakin perkara tentang pembahagian kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan semangat setiakawan, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai sokongan DUN Apas kepada dirinya, Nizam berkata dia mempunyai hubungan baik dengan rakyat di kawasan itu.
“Kita memang bersiap sedia. DUN Apas ini seperti mana yang kita lihat pada hari ini, di mana-mana saya pergi sambutan masyarakat kepada saya selaku wakil rakyat cukup baik kerana saya menganggap mereka ini bukan sebagai pengundi saya tetapi saya anggap mereka ini sebagai keluarga saya.
Sumber: Astro Awani