Kebakaran di Kampung Hidayat Batu 4 Tawau: Lapan Rumah dan Lima Kenderaan Musnah

kebakaran

TAWAU – Penduduk Kampung Hidayat Batu 4 Tawau dikejutkan dengan kejadian kebakaran besar yang berlaku sekitar pukul 2 pagi tadi. Kebakaran yang bermula dari sebuah rumah itu merebak dengan pantas ke rumah-rumah lain, diburukkan lagi oleh angin kuat dan keadaan ribut.

Menurut laporan Utusan Borneo, “Pasukan bomba mendapati kira-kira lapan buah rumah dan lima buah kenderaan termasuk dua motosikal sudah musnah terbakar dalam kejadian itu,” kata Ketua Balai Bomba dan penyelamat Tawau, Jemishin Ujin.

kebakaran

Selain itu, seorang mangsa yang berusia 31 tahun dilaporkan mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki dan muka selepas berusaha menyelamatkan diri. Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital terdekat.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Tuan Amran Karim, menyatakan bahawa bantuan akan segera dihantar kepada mangsa kebakaran. Parlimen bekerjasama dengan pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyediakan keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Terdapat dua cadangan pusat penempatan sementara, satu di Kampung Hidayat sendiri dan satu lagi di Dewan Sri Balung Batu 8.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, beliau hanya sempat menyelamatkan isteri dan anaknya sahaja. Sementara itu rumah dan semua dokumen penting mereka habis terbakar. Namun, Ahmad terlebih dahulu membantu mengejutkan anak-anak yatim yang ditempatkan di Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah. “Saya risau dengan keadaan anak-anak yatim di sini,” katanya dengan nada sedih.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Setakat pagi ini, kesemua mangsa kebakaran sedang dalam proses pendaftaran bersama Jabatan Kebajikan Malaysia untuk mengenal pasti jumlah mangsa dan kerugian yang dialami. Mereka kini ditempatkan sementara di Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah. Sebarang jenis bantuan boleh disalurkan ke tempat tersebut untuk meringankan beban mangsa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *