Bantuan Penakat PERKESO : Inisiatif Bantu Pewaris Mangsa Kematian

perkeso

TAWAU – YB Rina Jainal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, hadir menyampaikan sumbangan kotak prihatin PERKESO kepada balu mangsa kemalangan yang juga penerima bantuan penakat PERKESO, Suhana binti Sani. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program inisiatif PERKESO yang bertujuan meringankan beban pewaris mangsa yang kehilangan anggota keluarga yang mencarum dengan PERKESO.

Dalam temu bual bersama media, YB Rina berkata, “Program hari ini merupakan satu inisiatif yang sangat penting. Terutama dalam memastikan kebajikan pewaris terjaga, khususnya dalam kes-kes yang tercicir dan tidak direkodkan.”

perkeso

Salah satu kes yang menarik perhatian ialah kematian seorang pencarum yang tidak dilaporkan oleh pewaris kepada PERKESO. Si mati telah mencarum semasa hayatnya, tetapi laporan kematiannya hanya sampai kepada pihak yang sepatutnya setelah dua tahun. Setelah laporan diterima, bantuan penakat segera diturunkan kepada pewaris.

Bantuan penakat daripada PERKESO menawarkan banyak kelebihan kepada para pencarum dan pewaris mereka. Balu yang diwariskan akan mendapat bantuan sehingga ke akhir hayat, manakala anak-anak akan mendapat bantuan sehingga berumur 21 tahun. Ini merupakan satu cara untuk memastikan kebajikan keluarga pencarum terus terjaga walaupun setelah ketiadaan mereka.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Suhana binti Sani, yang kehilangan suaminya pada 8 Jun 2022 akibat kemalangan jalan raya, menyatakan rasa terima kasihnya kepada pihak yang membantunya.”Terima kasih kepada PERKESO kerana membantu anak-anak saya selama ini. Bantuan ini sangat bermakna buat kami.”

perkeso

Pejabat ADUN Kukusan memainkan peranan penting dalam membantu mangsa dan pewaris di peringkat akar umbi. Mereka sering menerima aduan dan laporan tentang kes-kes sakit dan kematian, kemudian melawat dan menziarahi mangsa. Informasi ini seterusnya disalurkan kepada pihak berkenaan dan pewaris.

“Dengan adanya kerjasama antara pejabat ADUN dan PERKESO, kita dapat memastikan setiap kes yang memerlukan bantuan dapat ditangani dengan segera dan berkesan,” tambah YB Rina.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *